Penulis baru-baru ini telah melawat parlimen pada dua minggu lepas dan telah melihat bagaimana sesebuah persidangan di Dewan Rakyat dikendalikan (kena tundukkan kepala terlebih dahulu sebelum meneruskan pembacaan). Penulis juga dapat melihat telatah beberapa pemimpin-pemimpin negara dari pihak kerajaan dan pembangkang bersidang dan mempertahankan hujah masing-masing. Penulis juga telah melihat bagaimana kecohnya YB Datuk Bung Mokhtar Radin di Dewan Rakyat, sekecoh yang kita kenal di media-media massa.
Tapi penulis tidak berhajat mengulas isu perbincangan di Parlimen. Biarlah ahli-ahli politik kita yang membincangkan isu-isu Negara kerana mereka telah dipertanggungjawabkan amanah oleh rakyat untuk mentadbir Negara ini dengan sebaik-baiknya.
Apa yang penulis ingin menarik perhatian pembaca ialah, bagaimana hubungan ahli-ahli parlimen pembangkang dan kerajaan di Dewan Rakyat dan di luar Dewan Rakyat.
Penulis berkesempatan bertanyakan soalan kepada Pengarah Perhubungan Awam Parlimen Malaysia berkenaan bagaimanakan hubungan ahli-ahli parlimen antara pembangkang dan kerajaan yang sebenar-benarnya di luar Dewan Rakyat. Apakah ahli-ahli parlimen pembangkang dan kerajaan dililhat dan dianggap sebagai seteru politik yang sentiasa bercakaran tidak kira di mana sahaja mereka berada? Apakah mereka sentiasa dendam mendendami? Apa yang kita tahu sebagai rakyat marhaen melalui pendedahan media-media pro-pembangkang dan kerajaan, kadangkala perseteruan politik mereka sangat bahaya dan boleh memecah-belahkan masyarakat. Mereka sering dilihat dan didengar tuduh-menuduh, kutuk-mengutuk, rendah merendah, dan pelbagai lagi perkara yang memperlihatkan perseteruan yang jitu.
Tapi kenyataannya, menurut Pengarah Perhubungan Awam tersebut, ahli-ahli Parlimen samada pembangkang atau kerajaan, mereka sangat professional dan perseteruan mereka hanyalah di gelanggang politik. Di luar gelanggang politik, mereka sering dilihat terutama di lobi parlimen, bertepuk tampar, bersembang, berpelukan, ‘mengeteh’ bersama-sama.. malah, penulis diberitahu, mereka ini kadangkala tinggal bersama di hotel-hotel , main golf bersama-sama, melancong, berkaraoke, malah ziarah menziarahi antara satu sama lain (wallahualam). Terimakasih... sekurang-kurangnya politik Malaysia tidaklah seganas dengan suasana politik yang kita lihat diluar negara sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, berbaling-baling kerusi atau bertumbuk-tumbuk sehinga terbawa-bawa ke luar dewan.
Mungkin tulisan penulis tidaklah begitu ‘ketat’ sebab penulis mengambil pendirian tidak mahu melibatkan diri dalam politik (hanya sebagai pengundi) ... Sebab tidak semua ahli politik Malaysia sebegitu. Sebabnya, politik fitnah yang semakin menjadi-jadi dan mengelirukan kita semua sebagai rakyat marhaen, menjadikan kita semakin ‘juling’. Apa-apahal pun, sebagai rakyat Malaysia, hargailah, bersyukurlah dan jagalah seketat-ketatnya keamanan negara kita yang tercinta ini.

0 comments:
Post a Comment