Saturday, January 15, 2011

Kegilaan Terkini Rakyat Malaysia


Saban hari, banyak sungguh iklan yang boleh dikatakan berjaya mendorong rakyat Malaysia membuat satu tindakan yang kini menjadi satu kegilaan yang tidak sekali-kali akan memudaratkan mental, tapi mungkin memudaratkan kesihatan. Apakah kegilaan tersebut... Ya, tak lain tak bukan, kegilaan untuk menguruskan badan...

(Gambar: sudah pasti ini bukan
disebabkan oleh obses nak kuruskan badan..)


Kegilaan yang mejadi fenomena ini, juga telah berjaya mempengaruhi penulis untuk merasai sendiri fenomena yang kini sangat melampau-lampau. Pening.. pening... pening...

Di kebanyakan akhbar-akhbar tempatan, terutamanya di akhbar-akhbar tabloid, iklan untuk menguruskan badan ada bermacam-macam. Ada yang dari Londonlah, dari Parislah, dari Jepunlah dan tak kurang dari negara kita, negara Malaysia yang tercinta ini. Dari minuman, senaman, hingga ke mesin-mesin elektromegnetik, rakyat Malaysia kini amat ghairah dan tidak kisah untuk menguruskan badan. Rakyat Malaysia dimomokkan dengan masalah obesiti, masalah kesihatan lain yang berkaitan, masalah tidak cantik, dan macam-macam masalah lagi semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia supaya dengan segera membeli produk keluaran mereka.

Tahniah bagi mereka yang berjaya menguruskan badan, dan berjaya mendapatkan kesihatan yang baik hasil dari momokan tersebut. Tapi tidak kurang juga yang bernasib malang. Ramai yang tertipu dengan pembelian produk atau program pelangsingan. Ada yang terbeli barang tiruan, ada yang membeli barang ori tapi tak berjaya kurus sebab salah diet kononnya, malah banyak juga yang kedengaran kes saman menyaman kerana semata-mata tidak berjaya dengan apa yang diimpikan... Ya... Impian untuk menguruskan badan...

Apa-apa hal pun, berhati-hatilah rakyat Malaysia...Bukannya tak boleh kurus, tapi janganlah obses sangat nak kurus.. Takut benda lain pula yang dihadapi nanti...

Ceria-ceria selalu..

1 comments:

gm0t on January 16, 2011 6:18 PM said...

selamat sy xobses nak kurus...hihihihihi.. :)

Post a Comment

My Blog List

 

Universal Scholars Life and Thought Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template