



Ditulis oleh:
Ridzuan Al-Masri
Ibu bapa yang derhaka?
Agak mengelirukan ayat ini kerana apa yang sering kita fahami dan sering dibaca ialah, anak-anak yang menderhaka kepada kedua ibubapanya. Tetapi ibubapa yang derhaka agak jarang didengari walaupun sebenarnya ianya adalah sesuatu yang selalu berlaku di kalangan masyarakat kita.
Ibubapa yang derhaka ialah ibubapa yang cuai mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang patuh dan taat kepada apa yang ditunjukkan di dalam Kitabullah dan Sunnah, iaitu yang telah diajar di dalam agama. Seringkali kita dengar bahawa terdapatnya ibubapa yang mengabaikan tanggungjawabnya dalam mendidik anak sehingga anak tersebut menderhaka bukan sahaja kepada orang tuanya, tetapi kepada Tuhan, menderhaka kepada masyarakat sekeliling, menderhaka kepada pemerintah,dsb.
Kegagalan mendidik anak dengan tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terpesong akhlak dan aqidahnya. Justeru, disebabkan ibubapa yang lalai inilah menyebabkan banyak berlakunya gejala-gejala sosial seperti khalwat, zina, buang anak, arak, rempit dan sebagainya yang menjadi igauan buruk kepada ibubapa yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi individu yang baik dan beriman.
Selain daripada kegagalan mendidik, ibubapa yang derhaka juga terdiri daripada mereka yang zalim terhadap anak-anak. Anak-anak dizalimi dengan cara mendera samada secara psikologi atau fizikal, malah ada yang lebih zalim lagi, iaitu MEMBUNUH anak sendiri dan malahan merogol dan mencabul anak darah daging sendiri.
Jangan salahkan anak semata-mata sekiranya anak menderhaka kepada ibubapanya.

0 comments:
Post a Comment