Tuesday, December 8, 2009
Antara GILA KUASA vs MABUK KUASA
Monday, December 7, 2009
Personal Attack at a Work Place : How to deal with it ?

Following the writer’s experience and the scholarly research made in some organizations, most of these personal attacks occur when someone is trying to uphold his/her affirmative principles. These affirmative principles generally bring about the dissatisfactory feeling of certain parties who felt to have been challenged simply due to their egoistic sentiment especially when they feel that their credibility have been jeopardized, or such affirmative principles could be affecting their position in the organization.
This personal attack may takes place in several ways :-
a.) Finding previous individual faults and make such faults as a source for criticism or to release their anger;
b.) Finding the weaknesses from the factual events or actions made by the party who is being criticized and use such weaknesses as a source for criticism;
c.) Gaining significant influence from the lobbying party to justify their attacks.
Personal Attack from Ethical Perspective
Most research which were made randomly and also through article investigation by the author on this personal attack issues, most writers and researchers have presumed that this personal attack practice is indeed unprofessional and immature in nature. Among the reasons put forward by them is, personal attack normally intentionally disregard other people mistakes, but more exaggerating the mistake of their targeted foes.
Consider the bigger picture. Will your response to the personal attack affect the community in a positive way? Are you willing to cut a deal to save “now” without seeing how it will affect “later”? Keep in mind that each decision affects folks beyond just the two parties involved.
Sunday, November 29, 2009
Pencemaran Sampah dan Bau Busuk di Tanah Tinggi Cameron Highland

Sunday, November 22, 2009
10 Sebab Skandal Selepas Kahwin : Bala atau Seronok?

1. Pasangan bercinta sebelum kahwin
2. Pasangan bercinta Selepas Kahwin
3. Pasangan bercinta selepas kahwin tetapi dengan orang lain.
Bahagian pertama dan kedua memang sudah biasa didengari, manakala bahagian ketiga, walaupun biasa didengari, tapi jarang dibincangkan secara umum. Kebiasaannya dibincangkan secara bersembunyi, takut-takut kalau ada orang lain tahu, maka meletuplah suasana.
Menurut kajian psikologi, ramai pasangan bercinta dengan orang lain selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing kerana beberapa sebab. Antaranya adalah seperti berikut:-
a.) Pasangan suami atau isteri saling membosankan dan sudah jemu ant satu sama lain (biasa didengari);
b.) Suami / isteri memang gila SxxxS. Suka bertukar-tukar pasangan (biasa berlaku dibarat. Di Malaysia pun ada tapi jarang didengari);
c.) Suami / isteri sudah lagi tidak mengghairahkan (busuk, pengotor, tak mandi, hapak);
d.) Suami / isteri tiada lagi persefahaman. Selalu bergaduh;
e.) Gangguan pihak ketiga (terlebih biasa didengari);
f.) Suami / isteri yang gatal dan terjebak dalam dunia cinta cyber (akibat chatting keterlaluan) sehingga terjebak dalam cinta karat (very common nowadays);
g.) Pasangan tidak memberi perhatian terhadap keluarga (mengabaikan keluarga akibat terlalu sibuk);
h.) Hanya untuk berseronok dan mengisi masa lapang (tanya diri sendiri...);
i.) Salah seorang daripada pasangan sakit kronik;
j.) Memenuhi tuntutan batin (untuk berkahwin lebih daripada satu...).
Anda di mana ? Tepuk dada, tanya buah hati...
Tuesday, October 27, 2009
Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Aini bte Affandi dan Muhammad Rajudin Bin Rusli. Student CBDS.
Tahniah diucapkan kepada En. Affandi bin Mohd, Pn. Uzmah bte Yaacob, En Rusli bin Hanafiah dan Pn. Juliawati bte Abdullah kerana akan menerima menantu pada 31 Oktober 2009.
Sekalung Tahniah untuk semua..
Monday, October 12, 2009
Konsep Asas Falsafah Penciptaan

Dari perspektif Islam, manusia adalah makhluk ciptaan Allah dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Malaikat kerana manusia dijadikan untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah yang tidak dapat dipikul oleh lain-lain makhluk termasuk malaikat. Dalam melakukan sesuatu perbuatan, moral merupakan pelengkap kepada hieraki axiologi (kajian nilai dan moral) kerana tanpa moral, manusia akan melakukan perbuatan yang boleh merosakkan.
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang terhebat, lebih tinggi kedudukannya dengan malaikat, merupakan makhluk kosmik yang dicipta dengan tujuan tertentu. Untuk mencapai tujuan, manusia diberikan pemahaman dan kebolehan mentafsir berasaskan rasional akal. Untuk menjalani kehiduan manusia didunia, manusia dibekalkan dengan panduan dari sumber wahyu supaya manusia tidak tersesat dan tersilap dalam perjalanan mereka di dunia ini.
Sumber wahyu ini adalah al-Quran yang mengandungi pelbagai perspektif dan nilai yang menjadi panduan deontologi kepada manusia dan meletakkan manusia ketahap yang sebenar-benarnya dalam hieraki. Untuk memahami al-Quran dan supaya manusia menjalani kehidupan berdasarkan apa yang diwahyukan dalam al-Quran, para ulama' menggesa supaya manusia mempelajari bahasa Arab supaya dapat memahami maksud al-quran dengan sebenar-benarnya dan tidak menyeleweng atau membuat intepretasi sewenang-wenangnya.

Menurut perspektif Islam, manusia dilahirkan sebagai sehelai kain yang putih yang tidak mempunyai kotoran iaitu bebas dari dosa tidak kira siapakah nenek moyangnya, agama nenek moyangnya atau perbuatan nenek moyangnya. Islam berbeza dengan doktrin kristianiti yang menyatakan manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa (original sin) dan setiap takdir manusia didunia ini adalah hasil atau pembalasan dari perbuatan dosa nenek-moyang yang terdahulu.
Menurut Islam, manusialah yang mencorakkan kehidupannya dan takdirnya melalui perlaksanaan tanggungjawabnya di dunia ini dan Allah adalah penentu segalanya. Dalam mencorakkan kehidupan dan takdir, manusia mempunyai kecenderungan yang negatif, tetapi kecenderungan negatif tersebut bukanlah sesuatu yang diwarisi. Untuk menolak kecenderungan negatif tersebut, manusia perlu mengatasinya melalui perjuangan moral yang bersungguh-sungguh.
Ianya amat kontras dengan doktrin kristianiti yang menyatakan bahawa manusia melakukan dosa atas dasar original sin yang telah di tanam dalam diri mereka. Dogma dan doktrin ini sesungguhnya telah menyatakn ketidakupayaan tuhan dalam penciptaannya. Kristianiti menganggap moraliti sebagai sesuatu yang terhasil dari iman, dan bukan sesuatu yang membentuk iman kerana semua dosa-dosa boleh ditebus pada bila-bila masa melalui pengakuan (profess) yang disebut oleh Al-Faruqi sebagai imago dei (lost and found of the image of God).
Dalam Islam, penentuan dosa dan pahala adalah hasil daripada apa yang dilakukan sendiri, bukan di tanam di dalam diri. Penyelamatan jiwa manusia bukanlah hasil daripada apa yang telah dilakukan, tetapi apa yang belum dilakukan, harus dilakukan dan yang akan dilakukan.
Itulah sebab ibadah dalam Islam bukanlah merupakan satu sambutan yang diraikan, tetapi sesuatu yang sentiasa berterusan dan konsisten sebagai penyelamat jiwa manusia. Inilah yang membentuk ketamadunan dan kebudayaan Islam.
Pandangan Islam Terhadap Alam
Bagi Islam, alam adalah ciptaan dan anugerah tuhan untuk kegunaan manusia melakukan kebaikan. Dalam pandangan Islam terhadap alam , terbahagi kepada 3 :-
Allah menyuruh manusia mengkaji dan mengambil pengajaran daripada kejadian alam sebagai salah satu daripada alam kosmos yang diciptakan.
Bagi Western, kejadian dan peraturan alam adalah sesuatu yang bersifat pengetahuan saintifik. Setiap kejadian alam mempunyai penyebab sebagai sesuai yang memang perlu ada bagi alam secara semulajadi. Tanggapan demikian digambarkan dan diterima kerana menganggap ianya adalah tanggapan saintifik manusia semata-mata. Tanggapan demikian adalah bersifat regulatif dan menerimanya sebagai fakta terpenting dan paling utama iaitu bebas untuk beroperasi secara saintifik.
Teleologi Alam
Alam bukan setakat mempunyai sebab dan kesan, tetapi juga mempunyai tujuan dan setiap tujuannya mempunyai sifat kebergantungan antara satu sama lain.
Alam dicipta sebagai pentas, sebuah padang untuk manusia mencari kesejahteraan dan berkembang, menikmati anugerah dan nikmat tuhan dan melakukan kebaikan yang mempunyai nilai di sisi Allah. Alam dicipta oleh Allah dan menjadi milik Allah dan manusia diamanahkan untuk mentadbirnya. Oleh yang demikian, manusia perlu mentadbirnya dengan sebaik-baiknya dan tidak menyeleweng kerana ianya adalah milik Allah, bukan milik manusia.
Monday, September 28, 2009
Gelaran PhD Palsu - Penipuan Yang Mendengkelkan.

Isu ini juga mendapat komen yang meluas dari akademia dan ahli korporat, dan kesemuanya mengatakan, PhD Express atau palsu menjejaskan imej negara dan kredibiliti akademik tempatan di mata dunia.
Sebagai pendidik, penulis juga ingin mengambil kesempatan mengemukakan komentari berkenaan isu ini, tetapi dari perspektif yang berbeza, iaitu penghuraian maksud PhD Express dan palsu serta pengalaman sendiri dalam kes-kes sebegini. Penulis rasa, ramai yang tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan PhD Express dan PhD palsu terutamanya mereka yang bukan dikalangan akademia.
Perlu difahami bahawa di dunia tanpa sempadan ini, terdapat pelbagai-bagai institusi pengajian tinggi yang wujud. Institusi-institusi ini terdiri dari pelbagai bentuk yang boleh dikelasifikasikan sebagai berikut :-
a.) Institusi fizikal dan tradisional - Institusi yang ditubuhkan lengkap dengan prasarana dan infrastruktur, kemudahan pembelajaran dan pengajaran dan juga para pensyarah yang dibayar gaji tetap atau sambilan. Pelajar-pelajar juga perlu menghadiri kuliah secara fizikal dan dinilai berdasarkan kredibiliti mereka dalam akademik. Dalam konteks Malaysia, universiti ini seperti UM, UKM, UIA, UUM, UCSI, MMU, SUNWAY, KLMU dan sebagainya yang secara fizikalnya wujud sebagai satu entiti yang sah dari segi perundangan dan AKTA.
b.) Institusi Jarak-Jauh - Institusi yang secara umumnya mempunyai kemudahan fizikal tetapi dalam kapasiti yang lebih kecil, berbeza dengan institusi fizikal. Pembelajaran juga diadakan secara maya (on-line), tetapi pelajar masih perlu atau wajib menghadiri tutorial dari masa ke semasa tetapi dalam jumlah yang terhad bagi memenuhi keperluan kredit untuk bergraduat. Kebanyakkan sumber rujukan teks atau perpustakaan adalah dari sumber-sumber digital atau dipanggil perpustakaan maya. Walau bagaimanapun, perpustakaan secara fizikal masih wujud tetapi sumber teks fizikal adalah terhad. Penubuhan institusi ini dalam konteks Malaysia adalah sah dari segi perundangan. Dalam konteks Malaysia, konsep universiti terbuka atau 'open universiti' adalah contoh institusi jarak jauh yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
c.) Institusi On-Line - Institusi ini secara umumnya hanya beroperasi secara maya, tidak mempunyai kampus tetap dan hanya wujud di Internet. Kebiasaannya, kewujudannya amat meragukan dan dalam banyak-banyak kes, universiti ini adalah universiti yang menipu mangsa dengan menjual sijil atau kelulusan palsu. Universiti ini tidak diiktiraf langsung oleh kerajaan Malaysia dan kebanyakkan kerajaan di dunia. Sijil-sijil yang dikeluarkan oleh universiti tipu ini yang banyak menjadi inspirasi kepeda pebeli-pembeli sijil yang gilakan gelaran sosial. Contoh universiti maya ini ialah seperti Irish International University, Cambridgeshire University, Phoenix Universty, Capella University, University of Lamberhurst University of Metaphysical Sciences, University of Metaphysical Studies, New Mexico, University of Metaphysics, Studio City, California, and Sedona, Arizona. University of the Nations, University of Natural Health (Brandon, Mississippi), University of North America, University of Northern Washington,
University of NorthWest, University of Santa Monica, dan pelbagai lagi universiti on-line di seluruh dunia. Apa yang diperlkan oleh universiti ini bagi mendapatkan sijik mereka ialah, pelajar perlu membayar sedikit amaun sebagai yuran, dan menghantar assignment dengan format-format tertentu tanpa perlu membuat presentasi. Pelajar juga tidak perlu menduduki peperiksaan.
Walau bagaimanapun, gelaran PhD juga boleh didapati secara on-line dengan universiti yang disahkan kewujudan dan kesahihannya serta kewujudan universiti tersebut sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, cuma metode pembelajaran maya sahaja digunakan, dan pelajar dikehendaki berjumpa dengan profesor mereka samada cuma beberapa kali sahaja dalam tempoh pengajian mereka. Agak mudah untuk mendapatkan PhD ini iaitu dengan mengemukakan thesis atau disertasi serta membayar yuran yang sepatutnya. Inilah yang dikatakan ijazah PhD Express, bukan ijazah PhD palsu seperti di atas.
Dalam konteks Malaysia, tidak ada satupun univesiti diseluruh dunia yang menawarkan mode pembelajaran maya ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi maksud perlantikan awam. Tetapi di IPTS, perkara ini masih berlaku di mana pensyarah-pensyarah mereka mengambil jalan mudah mengambil PhD secara maya tanpa mempedulikan status pengiktirafan sijil. Apa yang penting bagi para pensyarah ini ialah, universiti yang menawarkan program maya tersebut memang wujud secara fizikal dan sah. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pihak berkuasa pengajian tinggi Malaysia dan juga IPTS.
Kesukaran menentukan mode pembelajaran pelajar adalah menjadi pokok utama kepada isu tersebut.Ini adalah kerana, ijazah palsu memang mudah dikesan, tetapi sebaliknya ijazah express memang sukar dikesan kerana universiti tersebut memang benar-benar wujud.
Sepanjang pengalaman, pengamatan, dan keterlibatan penulis dalam industri ini selama lebih kurang 10 tahun di pelbagai institusi bertaraf kolej, kolej universiti, hatta hingga ke universiti berstatus penuh, apa yang diucapkan oleh Rais Yatim memang benar dan apa yang dinafikan oleh Khaled Nordin, adalah tidak tepat. Khaled Nordin mungkin tidak mendapat maklumat secukupnya bagi membantu beliau menafikan isu ini. Memang benar bahawa IPTA dan IPTS tidak mengeluarkan ijazah PhD Express atau PhD palsu, dan memang benar di IPTA tidak terdapat pensyarah yang miliki PhD Express atau palsu, tetapi di IPTS, fenomena pensyarah memiliki PhD Express atau palsu merupakan satu isu yang telah lapuk, tidak pernah selesai dan masih atau mungkin semakin berleluasa. Penulis pernah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 8 tahun dalam mengendalikan dokumen kelulusan dan akreditasi MQA, dan selama itulah penulis telah mengkaji, menyemak, merekod serta membuat penyelidikan latar belakang pensyarah-pensyarah untuk dikemukakan kepada pihak LAN/MQA terutamanya dalam dokumen 2 LAN-TC-01 dan TC-02 untuk kelulusan dan pengakreditasian/standard minimum sesuatu kursus pengajian di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Sepanjang pengalaman tersebut, banyak rekod menunjukkan universiti atau kelulusan yang meragukan membanjiri institusi pengajian tinggi kita di Malaysia ini. Masalah ini memang sukar hendak diselesaikan selagi mekanisme untuk mengesan mode pembelajaran atau kesahihan kewujudan institusi tidak diambil secara serius oleh IPTS sendiri.
-end-
Wednesday, September 16, 2009
Jangan Lupa.. DAN SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 2, 2009
Fakta Tentang Kentut


Saturday, August 29, 2009
Melayu Beli Nombor Ekor Di Bulan Ramadhan Yang Mulia
BANDAR DAMANSARA PERDANA, PETALING JAYA (29 Ogos, Sabtu, 11.00 - 12.30)
Kisah yang penulis hendak paparkan disini adalah perihal masalah sosial, iman, dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan nombor ekor. Sebagaimana yang kita ketahui, nombor ekor di Malaysia seperti 4D TOTO, MAGNUM dan sebagainya merupakan salah satu bentuk perjudian tikam ekor yang berlesen di Malaysia, sebuah negara Islam yang gah di persada dunia sebagai Pusat Pendidikan Islam Serantau, pengerusi negara OIC, hub kepada perkembangan pemikiran keintelektualan dan pemikiran Islam dan banyak lagi yang bertemakan Islam yang dipimpin oleh negara Malaysia yang tercinta ini.

Mengapa penulis ingin membicarakan isu ini? Penulis terdetik untuk menulis isu ini ketika penulis sedang membaiki kereta di salah sebuah bengkel aksesori kereta di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya. Secara kebetulan pula, kedudukan kedai nombor ekor (4D TOTO) bertul-betul terletak bersebelahan dengan kedai aksesori kereta tersebut. Sedang menunggu kereta untuk diperbaiki sambil-sambil membaca suratkhabar hari ini (Sabtu), penulis memerhatikan keadaan di kedai ekor tersebut kalau-kalau ada muka Melayu yang tak tau malu membeli nombor ekor di bulan Ramadan Al-mubarak yang mulia ini sekaligus mencemarkan kesucian bulan Islam dan maruah orang melayu dan mat Islam secara keseluruhan.
Masuk satu mamat, melayu muda dalam lingkungan 30-35, rugged.. keluar dengan memek muka yang penuh harapan menggunung dengan beberapa keping tiket TOTO... Penulis tunggu lagi... Datang dua pemuda melayu menaiki sebuah motor. Pembonceng turun dan membeli nombor ekor, manakala penunggang tunggu dihadapan kedai. Selepas mereka berlalu, datang pula seorang wanita, muka seakan-akan melayu, tapi mungkin juga Philipino, memimpin anak perempuannya membeli nombor ekor. Keluar dari tempat nombor ekor, sambil tergelak-gelak kecil dan berlalu pergi.
Pada masa yang sama masuk pula mamat melayu ni dalam kedai TOTO sambil bawak bekalan makanan dalam plastik. Ini lagi tak malu.. Sudahlah bulan Ramadhan beli nombor ekor, tak puasa pulak tuh... Agaknya, bila raya, mamat nih lagi 'sakan' sambut raya daripada orang yang berpuasa.. Tiba-tiba masuklah satu lelaki India .. Mamat macha nih penulis tak kisahlah sangat, sebab dia India.. Agama pun mungkin bukan agama Islam.
Selepas kelihatan beberapa ramai melayu keluar masuk kedai judi ni, datang pula la pakcik sedang bawa anak kecil (mungkin cucu kot) temankan dia beli nombor ekor. Punyalah anak kecil berbangsa melayu tu tunggu di pintu masuk kedai TOTO.. Riak wajah anak ini (dalam lingkungan 5-6 tahun) tak nampak bersalah pun. Al-maklumlah, tak tau apa-apa... Tapi yang menghairankan penulis ada juga mamat melayu, berjanggut macam kaki surau dan masjid masuk dalam kedai TOTO... Itu yang penulis rasa musykil.
Seingat-ingat penulis, dalam masa menunggu kereta penulis siap antara pukul 11-12.30 hari tu, melayu majoriti menjadi pengunjung dan pembeli.. Penulis agak-agak adalah dalam 30 orang.. India dalam 5 orang, cina dalam 8 orang.. Aduih....... Mana penulis nak letakkan muka nih kalau-kalau taukey bengkel aksessori kereta tanya penulis kenapa melayu yang paling ramai beli TOTO.. walhal terpampang jelas di depan kedai, JUDI ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ISLAM.
Sepanjang penulis menunggu kereta siap dalam satu 1/2 jam, punyai ramai pembeli nombor ekor melayu... Macamana kalau sehari? sebulan? setahun?....
Ingatlah wahai pembeli-pembeli nombor ekor, JUDI ADALAH HARAM DISISI ISLAM.
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya ARAK dan JUDI dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh kerana itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh kerana itu apakah kamu mahu berhenti?!" (al-Maa'idah: 90-91)
Dalam ayat ini, Allah meletakkan Judi bersama-sama dengan arak, berhala (memuja secara berkorban) dan azlam (mengundi/betilik nasib) dalam satu ayat menunjukkan betapa seriusnya kesalahan bermain Judi di sisi Allah. Berhala dan bertilik nasib adalah Syirik, iaitu menyekutukan Allah, hukum menyekutukan Allah sekiranya terang-terangan melakukan syirik (syirik besar), adalah terkeluar dari Islam. Syirik adalah dosa terbesar dalam hieraki dosa dan ianya tidak diampunkan oleh Allah sekiranya tidak sempat bertaubat kepadaNya. Maka matinya bukanlah dalam Islam. Arak dan Judi pula, bukanlah satu dosa syirik, tetapi termasuk antara 70 dosa-dosa besar. Maksudnya, hierakinya sedikit rendah dari dosa syirik.
Penulis bukanlah seorang ulama', mahupun ustaz yang berkebolehan untuk mengupas lebih lanjut lagi tentang masalah Judi ini, tetapi apa yang penulis ingin sampaikan di sini, masyarakat melayu Islam kita sudah semakin tipis imannya, tidak lagi dapat membezakan yang Haram dan Halal secara jelas, atau mungkin juga buat-buat tak tahu tentang Hukum Halal wal Haram ini. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Ya Allah, selamatkan kami dari malapetaka dan bencana dari mu, akibat kecuaian dan kelalaian kami di muka bumi ini... Aminnnn...